RaffidahAsnawi.My | Kuasa Percaya Diri





PLF Raffidah Asnawi adalah merupakan Professional Learning Facilitator, Jurulatih, Penceramah, Motivator, Personal Coach, Tutor serta Pensyarah Jemputan yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam mengetengahkan pelbagai modul berkaitan bidang Pengurusan & Sains Sosial, Pembangunan Personaliti (Latihan & Motivasi), Imej Profesional & Etika serta Strategi Belajar & Teknik Ulangkaji. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) Pengurusan Sistem Pejabat (Kep) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam serta Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat, UiTM. Di antara pencapaian beliau adalah mendapat Anugerah Naib Canselor program Ijazah & Diploma dari UiTM, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Ijazah & Diploma, Anugerah Tokoh Pelajar & The Best Potential Office Manager dari Universiti Teknologi MARA, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UPM & beberapa lagi anugerah. Pengalaman beliau berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan / Pegawai Tadbir dan sebagai pensyarah menyediakan beliau dengan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan pengurusan, sains sosial dan pembangunan diri. Selain daripada fokus kepada bidang latihan dan motivasi, beliau kini aktif berkhidmat sebagai Pensyarah di beberapa modul Program Pembangunan Personaliti dan Motivasi Diri kepada organisasi-organisasi korporat dan orang perseorangan serta Program Pemantapan Akademik, Motivasi dan Personaliti Diri kepada golongan remaja seperti pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.